Siapa kata anda tidak boleh hidup tanpa wang! Lelaki ini telah membuktikannya


Pada abad ke-21 ini, memiliki wang merupakan satu perkara yang mesti untuk meneruskan hidup dan untuk‘survive’ bagi hari-hari yang mendatang. Namun demikian, seorang lelaki telah menunjukkan sebaliknya dan dia berjaya hidup tanpa wang tunai.


Mark Boyle menunjukkan bahawa dalam hidup ini, anda tidak boleh terkongkong dengan wang semata-mata. Dia dapat meneruskan hidup dengan berbekalkan karavan, komputer riba berkuasa solar, dan ubat gigi yang dihasilkan dari tulang sotong.

Dalam waktu enam tahun dia belajar dalam bidang ekonomi, tidak sekalipun dia mendengar perkataan “ekologi”.

“Kalau saya tidak berpeluang membeli video bertajuk “Gandhi” pada tahun akhir pengajian ijazah sarjana muda saya, saya mungkin bekerja di ladang India dan menerima gaji hasil daripada pekerjaan saya, atau sesuatu yang sepertinya. Satu perubahan berlaku di dalam hidup saya iaitu – saya mahu melihat perubahan berlaku di dunia ini. Masalahnya, saya tiada idea sebelum ini bagaimana hendak membuat perubahan,” kata Mark Boyle.

Mark Boyle pernah bekerja di beberapa syarikat pengeluaran makanan organik dan melihat suasana di situ mengubah pendirian beliau.

Dia melihat masalah dunia berpunca daripada kemusnahan alam sekitar, kilang pembuatan pakaian, ladang kilang dan perang merebut sumber asli.

Dia mahu menjadi seperti pengamal perubatan barat kerana mereka melihat pesakit dan mencari jalan untuk melawan penyakit tersebut seterusnya dapat menyembuhkan pesakit mereka.

Mark Boyle juga akhirnya mengambil langkah sama dengan menyiasat dari akar umbi perkara yang menyebabkan masalah ini.

Masalah ini berpunca akibat kita tidak dapat melihat kesan dan akibatnya secara terus hasil daripada pembelian kita, dan akibatnya kepada manusia, alam sekitar dan haiwan.

Kita langsung tidak sedar bahawa setiap pembelian yang dibuat memberi kemusnahan dan seksaan kepada undividu tertentu. Semua masalah ini berpunca daripada duit.

Menurut Mark Boyle, jika kita dapat menghasilkan makanan sendiri, kita tidak akan membazir malah menghargai setiap suapan itu.

Jika kita membuat meja dan kerusi, kita tidak akan membuangnya seperti setelah kita membeli perabot dalaman baharu.

Jika kita merupakan individu yang bertindak membersihkan dan membuat air minuman sendiri, kita tidak akan mengotorkan air tersebut.

Untuk melihat perubahan berlaku di dunia, Mark Boyle terpaksa melupakan wang, yang dia telah lakukan selama setahun. Dia membeli sebuah karavan, letakkannya di sebuah ladang organik.

Aktiviti memasak boleh dilakukan di luar tidak kira cuaca cerah atau hujan. Gajet mudah alih seperti telefon dan komputer riba kini menggunakan kuasa solar.  Malah dia akan menggunakan kayu api untuk menghangatkan malam dan dirinya, serta najis boleh digunakan sebagai baja untuk tanamannya.

Makanan merupakan perkara penting. Dia menghasilkan makanan sendiri dengan aktiviti penanaman dan perladangan, malah mendapatkan makanan dari hutan hasil dari berburu.

Untuk mendapatkan tisu tandas, dia ke bandar sejauh yang sejauh 55 km. Mark Boyle berbasikal sahaja, ibarat menggantikan aktivitinya di gym. Dia menggunakan kertas terpakai menggantikan tisu. Dia juga boleh menghasilkan ubat gigi daripada tulang sotong bersama adas liar.

Masyarakat sering bertanya kepada Mark Boyle apakah perkara yang dirinduinya. Dia menjawab “tekanan, kesesakan lalu lintas, penyata bank dan bil utiliti.”

Mark Boyle menunjukkan bahawa manusia berupaya untuk hidup tanpa dikuasai dengan wang ringgit.

Dia juga telah menulis buku dan berharap bukunya itu dapat memberi inspirasi kepada semua dan berharap perubahan yang ingin dilihatnya di dunia menjadi realiti.

Comments