Rakyat Sabah Menentang Cadangan Shafie Apdal Memberi Dokumen Sah Kepada PATI



KOTA KINABALU, SABAH – Cadangan pemberian dokumen berbentuk dokumen khas kepada pekerja asing tidak sah di Sabah untuk menyelesaikan isu kekurangan buruh, terutama dalam sektor perladangan ditentang oleh sebahagian besar rakyat Sabah.

Datuk Seri Shafie Apdal, dua hari lepas berkata “kita akan melihat bagaimana dokumen khas boleh dikeluarkan kepada pekerja (haram) di setiap ladang. Mereka kini bekerja di beberapa ladang tanpa dokumen sah dan mematuhi dasar tertentu.

“Jawatankuasa khas yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman diberi tempoh dua minggu untuk menyediakan kertas cadangan mengenai pelaksanaan cadangan pemberian dokumen khas kepada pekerja asing sektor perladangan di Sabah,” tambah Shafie lagi.

Tan Sri Sukarti Wakiman…

MAJORITI RAKYAT SABAH YANG DITEMUI MENENTANG KERAS CADANGAN SHAFIE TERSEBUT…


Encik James daripada Penampang ketika ditemui berkata, “pendatang tanpa izin di Sabah adalah jelas melanggar Peraturan 39(b) peraturan-peraturan Imigresen 1963 yang mana hukuman terhadap mereka adalah denda tidak lebih RM1,000.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali, justeru memberikan mereka dokumen yang sah adalah jelas perbuatan salah.

“BAGAIMANA SHAFIE BOLEH MENGESAHKAN KESEMUA PENDATANG TANPA IZIN YANG TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN TERSEBUT BERSIH DARIPADA KESALAHAN JENAYAH, JANGAN HANYA KERANA ALASAN KEKURANGAN PEKERJA DOKUMEN PERCUMA DIBERIKAN PULA KEPADA MEREKA”…


Manakala Puan Mary yang turut berasal dari Penampang berkata, “tindakan Shafie tersebut jelas tidak boleh diterima dan beliau menentang sekeras-kerasnya cadangan tersebut.

“Sepatutnya pekerja yang ingin bekerja di Sabah perlu memasuki Sabah melalui jalan yang sah. Mereka seharusnya wajib memiliki Passport dan wajib memeriksa kesihatan mereka bagi mengelakkan penyakit berjangkit”.

Encik Peter daripada Inanam pula berkata, “saya menyesal undi Warisan, ini bayaran yang terpaksa diterima oleh beliau. Sepatutnya Shafie boleh menghubungi kerajaan Filipina atau negara-negara lain bagi membekalkan pekerja asing dan bukannya memberikan mereka peluang sebegitu.

“Mereka adalah pesalah yang berada di Sabah tanpa dokumen yang sah kemudian diberikan dokumen khas kononnya bagi mengatasi pekerja perladangan”tambahnya lagi.

Stephen yang berasal dari menggatal pula berkata, “kebanjiran pendatang tanpa izin seakan akan tidak terkawal khususnya warga filipina di sekitar Kota Kinabalu termasuk di Inanam dan Menggatal dan masalah ini masih belum dapat diatasi sehingga kini.

“SEKARANG INI SHAFIE BERCADANG PULA MEMBERIKAN DOKUMEN KHAS KEPADA PENDATANG HARAM, INI SANGAT TIDAK BOLEH DITERIMA…


Sepatutnya warga asing yang tinggal di Sabah secara tidak sah sepatutnya dihantar pulang ke negara mereka masing-masing kerana mereka secara jelas telah melanggar undang-undang negara Malaysia.” ujarnya lagi.

Manakalah penama yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Joe pula berkata “sepatutnya Shafie menyelesaikan terlebih dahulu projek IC yang diberikan oleh pemimpin terdahulu kepada warga asing di Sabah, sehingga mereka menjadi warganegara yang sah.

Bukannya memberikan pula dokumen khas kononnya bagi mengatasi masalah pekerja di sektor perladangan,”katanya lagi.

Comments