PENCULIKAN TERBARU ABU SAYYAF. KERAJAAN WARISAN GAGAL, SABAH SUDAH TIDAK AMAN




LAHAD DATU: 10 nelayan menaiki dua bot dipercayai diculik kumpulan Abu Sayyaf di perairan berdekatan Pulau Tawi-Tawi Selatan Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah semasa dihubungi mengesahkan perkara itu bagaimanapun pihaknya belum mendapatkan maklumat penuh berkenaan kejadian.

Katanya, identiti serta status kewarganegaraan mangsa masih belum dipastikan setakat ini.

Difahamkan kejadian berlaku apabila dua bot nelayan dinaiki sekumpulan nelayan warga asing yang memegang dokumen khas Lepa-Lepa yang dikeluarkan pada 1970-an.

Semasa berada di perairan Tambisan di sini menuju ke Semporna mereka kemudiannya didatangi lelaki dipercayai bersenjata menaiki bot laju kira-kira jam 2 pagi tadi iaitu semasa Perintah Berkurung sedang berkuatkuasa.

Enam lagi nelayan yang selamat mendakwa kejadian berlaku apabila mereka dalam perjalanan untuk memperbaharui permit.

PENDUDUK TEMPATAN MULA BIMBANG TERHADAP KESELAMATAN SABAH.

“Sabah sudah tidak aman, ini realiti yang berlaku.. jika dilihat masalah jenayah pembunuhan dan sebagainya masih menghantui kita rakyat tempatan dan situasi ini cukup membimbangkan kita.. Belum cukup masalah di darat, kini kita dikejutkan pula dengan isu penculikan di laut.. so di mana tempat selamat buat penduduk Sabah?” – Harun (32)

Jika diperhalusi , masalah- masalah yang mengancam keselamatan dan keharmonian rakyat Sabah ini adalah berpunca dari puak- puak luar . Contohnya isu PTI, dan baru hari ini penculikan yang didalangi Abu Sayyaf, Filipina. Yang lebih membimbagkan adalah tindakan kerajaan Sabah yang cuba membawa masuk golongan ini dengan memberikan dokumen dan pekerjaan kepada warga luar serta penempatan bersama keluarga mereka dari seberang.

Persoalanya, adakah latar belakang mereka ini selamat dan sudah dikenalpasti oleh kerajaan? Sejauh mana kerajaan Negeri Sabah mampu memberi jaminan yang golongan ini tidak akan lakukan jenayah sedangkan 95% dari jenayah berat yang berlaku pada tahun ini (Jan – Jun) didalangi PTI?

Rata -rata rakyat membantah tindakan kerajaan warisan untuk membuat pemutihan PTI di Negeri ini.. Rakyat sudah mula bersuara, jangan korbankan keharmonian dan keamanan negeri sabah hanya kerana kuasa dan politik.

Comments