Jose Mourinho menegaskan pemain tengah Liverpool jarang mendekati penyerang mereka dalam final Liga Juara-Juara Eropah yang dia anggap "tidak bagus" dari segi hiburan untuk perlawanan penting ini.
Gol penalti kontroversi Mohamed Salah dan minit akhir Divock Origi memberi Liverpool kemenangan 2-0 selesa ke atas Tottenham di Madrid untuk mendapatkan mahkota Eropah keenamnya, dan piala Eropah pertama untuk Jurgen Klopp dalam 3 perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah.
Tetapi Mourinho berbincang dengan Arsene Wenger dalam BeinSport melalui SkySport, menegaskan jika ini bukan perlawanan akhir Liga Juara-Juara, perlawanan itu akan dilabel "tidak bagus."
"Saya fikir tiga pemain tengah Liverpool, jika kita lihat kedudukan mereka, mereka bermain dengan garis lurus di depan belakang empat.
"Anda tidak nampak Henderson, Wijnaldum, Fabinho, Milner berada dekat dengan tiga pemain penyerang, untuk mendapatkan satu pemain dalam kotak, tidak ada.
"Mereka tinggal dalam satu blok tujuh, mereka sangat pragmatik, sangat mantap.
"Saya fikir, jika perlawanan ini bukan perlawanan akhir Liga Juara-Juara, jika perlawanan Liga Perdana, atau perlawanan akhir League Cup, kita semua akan mengatakan permainan itu tidak bagus.
"Memandangkan ia adalah perlawanan akhir Liga Juara-Juara, ia mempunyai aspek emosi, tetapi saya rasa kualiti permainan ini tidak berapa bagus.
"Dan Tottenham perlu kecewa, kerana mereka kalah dan mereka merasakan mereka lebih baik daripada ini.
"Anda perlu berada di tahap terbaik anda,"jelas Mourinho.
Comments
Post a Comment