Misteri Kapal Layar Paling Mahal Di Dunia Milik Rakyat Malaysia

Sedar tak sedar sebenarnya nama Malaysia kini sangat terkenal di persada dunia disebabkan pelbagai sebab. Namun, kekayaan bukanlah salah satu daripadanya.

Namun, terdapat satu perkara yang menjadi bualan seluruh dunia, iaitu kapal layar paling mahal di dunia adalah milik seorang individu dari Malaysia.

(bukan gambar sebenar kapal History Supreme)


Diberi nama History Supreme, ia disaluti dengan 100,000 kilogram emas, platinum dan permata serta mempunyai patung yang diperbuat daripada tulang Tyrannosaurus Rex tulen.

Bilik tidur utama kapal ini dilengkapi dengan tulang dinosaur tulen yang ambil dari rangka haiwan itu yang berasal dari Arizona, Amerika Syarikat

Sekeping tulang paha dinosaur itu sahaja bernilai kira-kira RM360,000 dan kapal sepanjang lebih 30 meter ini mengambil masa selama lebih daripada 3 tahun untuk disiapkan, oleh pereka terkenal dari United Kingdom iaitu Stuart Hughes.

Stuart Hughes memberitahu bahawa beliau sangat teruja apabila dihampiri oleh seorang rakan yang terlibat dalam kapal layar untuk mereka kapal mewah ini. 

Malah, Stuart diberikan kebebasan untuk merekabentuk dan membina sesuka hatinya. History Supreme digelarkan sebagai "kapal layar paling mahal di dunia", bernilai RM20 bilion.

Harga yang tak masuk akal ini disebabkan oleh ciri-ciri emas dan tulang dinosaur pada kapal ini.

Tapak kapal layar serta dek, ruang makan, rel dan sauh disaluti dengan emas padat dan ruangan tidur disaluti dengan platinum.

Ia juga dilengkapi dengan botol minuman keras mewah yang memaparkan 18.5 karat berlian, salah satu yang paling jarang di dunia, bersama dengan akuarium dinding yang diperbuat daripada 68 kilogram emas 24 karat.

Bukan itu sahaja, beberapa ciri-ciri lain termasuk iPhone dibalut dengan 500 berlian potong termasuk 2 berlian yang boleh dipertukarkan yang dipasang di atas "home button", berlian merah jambu 7.4 karat dan berlian lapan karat yang sangat jarang ditemui.

Kapal layar ini telah dibeli oleh anak Malaysia yang tidak diketahui pada tahun 2011, yang mana Stuart Hughes sendiri tidak pernah bertemu dengannya.

Harga ini adalah 10 kali ganda harga kapal layar yang diberi nama Eclipse milik hartawan Rusia, Roman Abromovich.

Eclipse pernah memegang gelaran kapal layar paling mahal di dunia sebelum dirampas oleh History Supreme.

Walaupun dunia tidak mengetahui siapa pemiliknya, namun kita boleh meneka siapakah individu tersebut.

Jika dilihatkan kepada harga History Supreme, sudah tentu tak ramai yang mampu membelinya apatah lagi rakyat Malaysia.

Gambar dari Forbes mengatakan ini adalah gambar sebenar kapal layar History Supreme


Dan menurut senarai bilionaire oleh Forbes pada ketika itu, hanya terdapat 3 orang sahaja rakyat Malaysia yang memiliki kekayaan melebihi RM20 bilion dan lebih.

Dan ketika ini, terdapat 5 individu di Malaysia dengan kekayaan melebihi RM20 bilion iaitu Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri Quek Leng Chan (RM39.2 bilion), Tan Sri Dato' Sri Dr. Teh Hong Piow (RM27.9 bilion), Ananda Krishnan (RM25.8 bilion) dan Tan Sri Dr. Chen Lip Keong (RM20.8 bilion).

Dan jika nilai kapal layar ini iaitu RM20 bilion adalah tepat seperti yang disahkan oleh wakil Stuart Hughes, maka kemungkinan besar pembeli dan pemilik History Supreme adalah Tan Sri Robert Kuok Hock Nien, manusia terkaya di Malaysia ketika ini.

Beliau terkenal sebagai seorang ahli perniagaan yang bijak yang mana kekayaannya dianggarkan bernilai RM53.3 bilion. 

Walaupun tersangat kaya, namun agak mengejutkan untuk beliau menggunakan lebih daripada satu pertiga daripada kekayaannya untuk membeli sebuah kapal layar.

Jika anda mempunyai wang lebihan sebanyak RM20 bilion, apakah yang akan anda lakukan dengan wang sebanyak itu?

Rujukan:

1. Stuart Hughes

2. World Maritime Affairs

3. Business Insider

Comments