Malu Ada Anak Luar Nikah, Bapa Dera Bayi 3 Bulan Sehingga Mati



Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu 27 April lalu di Jakarta Barat, Indonesia, mangsa meninggal dunia ketika di bawah jagaan bapa kandungnya yang hanya dikenali sebagai MS, 23.

Pada waktu itu, ibunya, 'SK', mangsa keluar ke pasar dan menyerahkan mangsa, KQS kepada suspek untuk dijaga. Apabila SK kembali, dia terkejut bila mendapati KQS sudah tidak bernyawa dan suaminya mendakwa mangsa tersedak susu sebelum mati.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital dan ketika doktor melakukan pemeriksaan, timbul rasa curiga dengan keadaan mangsa lalu menasihatkan SK membuat laporan polis.

Polis kemudian menahan suspek dan disoal siasat. MS mengaku telah membunuh mangsa kerana malu dengan statusnya yang merupakan anak luar nikah dan percaya ia akan membawa malang kepada keluarga. Dia juga mengaku dia berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan perkara itu.

Difahamkan, bayi perempuan itu merupakan anak luar nikah hasil hubungan MS dengan SK sebelum berkahwin dan saat SK mengetahui dirinya hamil, dia telah mengugut suaminya yang dia akan curang sekiranya MS enggan bertanggungjawab ke atas kandungannya itu. Suspek yang tidak mahu wanita kesayangannya jatuh ke tangan lelaki lain, kemudian bersetuju untuk berkahwin dengan SK.

Comments