Lelaki Cuba Perkosa Doktor, Lidah Digigit Hingga Putus

Perogol tidak mengira tempat untuk melakukan serangan terhadap mangsa.

Ini termasuk di kawasan hospital.

Memang sukar dibayangkan ada lelaki yang buas dan ghairah seks di luar kawalan, sanggup melampiaskan nafsu seks mereka di tempat seperti itu.

Mereka juga tidak mengira mangsa.

Inilah yang terjadi di sebuah kawasan hospital  di Afrika Selatan.

Mangsanya seorang doktor.

Gambar Hiasan

Tetapi kali ini, perogol menerima bahananya apabila doktor berkenaan menggigit lidahnya hingga putus.

Ketika itu, doktor berkenaan tidur di kuarters staf.

Doktor berusia 24 tahun itu kata The Sun,menggigit hingga putus lidah lelaki gila seks itu.

Lelaki itu cuba memasukkan lidahnya ke dalam mulut doktor itu, cuba bercumbu.

Namun, lelaki yang putus lidahnya itu cuba mendapatkan rawatan di hospital lain.

Ketika itulah lelaki durjana itu ditangkap – setelah semua hospital berdekatan diberi peringatan oleh hospital terbabit.

2”Gigitan itu begitu teruk hingga lidahnya putus. Dia kemudiannya melarikan diri, meninggalkan darah berceceran,”kata akhbar itu memetik polis.

Gambar Hiasan

Lelaki berusia 32 tahun itu ditangkap sebelum dibawa balik ke hospital pertama tempat dia melancarkan serangan seksual itu.

Comments