Latheefa Koya ketua pesuruhjaya SPRM baru

Latheefa Koya.
PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan peguam dan pengarah eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru berkuatkuasa 1 Jun lepas.
Beliau menggantikan Mohd Shukri Abdull yang memohon perkhidmatan kontraknya dipendekkan lebih awal sebelum kontrak berakhir 17 Mei 2020.
“Pelantikan ini antara langkah pembaharuan penting ke arah proses reformasi institusi-institusi kerajaan,” kata PMO dalam kenyataan hari ini.
Latheefa dilantik dengan tempoh kontrak selama 2 tahun.

Comments