JANGAN HANYA KERANA KEKURANGAN PEKERJA, NYAWA DAN KESELAMATAN SABAH TERGADAI – LUAHAN RAKYAT SABAH.




KOTA KINABALU, SABAH – Cadangan pemberian dokumen berbentuk dokumen khas kepada pekerja asing tidak sah di Sabah untuk menyelesaikan isu kekurangan buruh, terutama dalam sektor perladangan ditentang oleh sebahagian besar rakyat Sabah.

Datuk Seri Shafie Apdal, dua hari lepas berkata “kita akan melihat bagaimana dokumen khas boleh dikeluarkan kepada pekerja (haram) di setiap ladang. Mereka kini bekerja di beberapa ladang tanpa dokumen sah dan mematuhi dasar tertentu.

Hasil temuramah beberapa orang adalah mendapati rata rata menentang keras tindakan Shafie Apdal.

Encik James daripada Penampang ketika ditemui berkata, “pendatang tanpa izin di Sabah adalah jelas melanggar Peraturan 39(b) peraturan-peraturan Imigresen 1963 yang mana hukuman terhadap mereka adalah denda tidak lebih RM1,000.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali, justeru memberikan mereka dokumen yang sah adalah jelas perbuatan salah.

Manakala Puan Mary yang turut berasal dari Penampang berkata, “tindakan Shafie tersebut jelas tidak boleh diterima dan beliau menentang sekeras-kerasnya cadangan tersebut.

“Sepatutnya pekerja yang ingin bekerja di Sabah perlu memasuki Sabah melalui jalan yang sah. Mereka seharusnya wajib memiliki Passport dan wajib memeriksa kesihatan mereka bagi mengelakkan penyakit berjangkit”.

Encik Peter daripada Inanam pula berkata, “saya menyesal undi Warisan, ini bayaran yang terpaksa diterima oleh beliau. Sepatutnya Shafie boleh menghubungi kerajaan Filipina atau negara-negara lain bagi membekalkan pekerja asing dan bukannya memberikan mereka peluang sebegitu.

Manakalah penama yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Joe pula berkata “sepatutnya Shafie menyelesaikan terlebih dahulu projek IC yang diberikan oleh pemimpin terdahulu kepada warga asing di Sabah, sehingga mereka menjadi warganegara yang sah.

Bukannya memberikan pula dokumen khas kononnya bagi mengatasi masalah pekerja di sektor perladangan,” katanya lagi.

Comments