Bakal pengantin antara 13 maut



MANILA: Seorang bakal pengantin perempuan dan dua kanak-kanak antara 13 mangsa maut selepas trak dinaiki mereka terbalik ketika melalui kawasan gunung di daerah Camarines Sur, semalam.
Pegawai penyiasat bandar San Fernando, Victor Quinao berkata trak itu membawa 53 penumpang dari sebuah majlis perkahwinan tradisi dan kenderaan itu hilang kawalan ketika menurun di lebuh raya.
“Trak itu tergolek menyebabkan beberapa penumpang tercampak keluar dan turut menghempap beberapa mangsa,” katanya kepada AFP.
Quinao berkata, trak milik kerajaan tempatan itu digunakan untuk mengangkut tanah dan pasir, namun dipinjam untuk membawa penumpang ke majlis berkenaan.
Kanak-kanak yang maut berusia empat dan lima tahun.

Sumber:HM

Comments