Jantung bagai nak tercabut menonton perlawanan akhir, sehingga minit 87, Divock Origi hilangkan kegelisahan peminat untuk meraihkan UCL ke 6.
Pada masa pertama mereka melakukan persembahan menghambarkan tetapi Liverpool kawal permainan walaupun Firmino nampak agak bergelut dan beliau terpaksa dikeluarkan kerana kerap terlepas bola dan siapa sangka pemain yang mengantikannya dapat menjaringkan gol untuk menambahkan mimpi ngeri pasukan Tottenham.
Mohamed Salah menjaringkan gol pada awal perlawanan dan berjaya menebus kekecewaannya di pentas akhir musim lepas lawan Real Madrid.
Liverpool diberikan sepakan penalti dengan hanya 26 saat perlawanan bermula, apabila tangan Sissoko tekena bola melalui hantaran Mane dan Mohamed Salah menjaringkan penalti tersebut.
Photograph: Matthias Hangst/Getty Images
Minit ke 20, Son mendapat peluang menuju ke arah gol seorang diri tetapi Trent berjaya merampas bola tersebut.
Dan Spurs menekan pertahanan Liverpool pada minit 33, Reds cuba sedaya upaya mempertahankannya.
Kemudian Robertson membuat sepakan 'on target' melalui kaki kirinya yang berjaya diselamatkan oleh Hugo Lloris.
Di masa kedua, Liverpool menyerang berkali-kali pada awal minit yang berjaya disekat oleh pertahanan Spurs.
Dele Alli mendapat peluang emas di dalam petak penalti Liverpool tetapi Van Dijk dan Matip dengan cepat menghalang sepakan Alli.
Firmino dikeluarkan pada minit 58 dan digantikan oleh Origi. Kemudian minit 62 Wijnaldum pula dikeluarkan dan digantikan Milner
Spurs semakin tertekan dan cuba menyerang beberapa kali pada minit 70.
Reds melakukan serangan balas apabila MoSalah berlari ke sayap kiri kemudian cuba memberikan bola kepada Origi tetapi membiarkannya berlalu untuk Sadio Mane mendapatkannya tetapi Treppier berjaya menghalangnya.
Minit 76, Son berlari dengan penuh keyakinan ke arah gol dan Van Dijk berjaya atasinya dengan menendang bola keluar padang.
Son sekali lagi menjadi punca pertahanan Reds bergelut apabila dia cuba sepakan jarak jauh yang berjaya diselamatkan Alisson tetapi disambut Dele Alli dan cuba membuat sepakan ke arah gol dan sekali lagi Alisson selamatkannya.
Photograph: Laurence Griffiths/Getty Images
Kemudian pada minit 86, super sub Origi menjaringkan gol kedua untuk Liverpool untuk menarik nafas lega peminat.
Pengadil memberi 5 minit masa tambahan dan Reds cuba bertahan sehingga tamat masa.
Liverpool memenangi Liga Juara Juara Eropah ke 6 pada musim 2018/19.
3
Comments
Post a Comment