TOKYO: Seramai 14 penumpang cedera selepas tren tanpa pemandu di pinggir Tokyo bergerak ke arah bertentangan sebelum merempuh pemampan berhenti, petang semalam.
Kejadian itu kali pertama berlaku dan kecederaan mangsa dilaporkan tidak serius, lapor media tempatan.
Presiden pengendali tren Akihiko Mikami berkata, tren itu merempuh pemampan berhenti di stesen Shin-Sugita selepas melawan arah sejauh 20 meter.
Mikami berkata, laluan Kanazawa Seaside di Yokohama ditutup buat sementara waktu.
Jepun menggunakan tren tanpa pemandu sejak 30 tahun lalu.
Comments
Post a Comment